
Presidennya, Subahan Kamal, berkata pemain berusia 26 tahun itu perlu melalui penggantungan sebagai pemain profesional dan proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.
Katanya, proses rayuan melibatkan atlet perlu melalui badan induk persatuan sukan masing-masing dan sebarang keputusan akan dibincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Saya yakin dengan tindakan sebegini, Hanis akan menjadi pemain lebih hebat dan cekal. Dari segi rayuan, biar dia jalani dahulu (hukuman penggantungan). Tak perlu rayu kerana kami di pihak KHM memang beri yang terbaik.
“Kita tidak buat keputusan sesuka hati, KBS minta kita bawa empat pingat emas untuk Sukan SEA dan Hanis sebagai ‘top striker’, kita memang akan rasa kehilangan tetapi dia perlu lalui proses tersebut. Kalau ada tindakan sebaliknya kita akan berbincang dengan MSN,” katanya menurut Bernama.
Pada 9 Feb lalu, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan menggantung Hanis dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.
Ia susulan komen Hanis yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara bulan lalu.
Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail dan Subahan.