Kerajaan Ismail kemuka Nazri jadi duta, bukan dicadang Umno, kata Zahid

Kerajaan Ismail kemuka Nazri jadi duta, bukan dicadang Umno, kata Zahid

Presiden Umno berkata pelantikan Nazri Aziz sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bukan dicadangkan partinya.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Nazri Aziz dikemukakan menjadi duta besar ke AS ketika kerajaan ditadbir Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Nazri Aziz sebagai duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bukan dicadangkan partinya.

Bagaimanapun, timbalan perdana menteri berkata, ia dikemukakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

“PM9 (Ismail) yang mengemukakan nama Nazri. Ia daripada kerajaan,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai pelantikan itu datang dari Umno.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan, berkata pelantikan Nazri disahkan awal tahun lalu dan ia mengambil masa enam bulan untuk AS mengesahkannya.

Zahid ketika mengulas lanjut, berkata pelantikan Nazri diyakini mampu merapatkan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan AS, selain mengatur pertemuan penting.

“Beliau adalah personaliti sesuai untuk menjadi ‘top diplomat’ Malaysia di AS. (Tugasnya) bukan saja mengukuhkan jaringan perniagaan dengan perniagaan, pembiayaan antara rakan setara (p2p) antara dua negara, tetapi kukuhkan antara kerajaan dengan kerajaan (g2g).

“Saya percaya Nazri mampu menguruskan dan mengatur perjumpaan penting antara Anwar dan pemimpin kanan AS serta pemimpin korporat negara itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.