
RSN Rayer, Ahli Parlimen Jelutong, yang membuat laporan itu berkata kenyataan Sanusi Md Nor bersifat subversif, walaupun berulang kali memberitahu Pulau Pinang sebuah negeri.
Kenyataan Sanusi itu dibuat dalam ucapan sebuah acara belia di Alor Setar, dengan klipnya disiarkan di Facebook pada 26 Jan.
Dalam ucapan itu, Sanusi memberitahu beliau meragui kedaulatan Pulau Pinang kerana negeri berkenaan dipajak dari Kedah.
Rayer berkata: “Sudah lama diketahui bahawa Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat bawah Perlembagaan Persekutuan. Bagi Sanusi mempersoalkan kesahihan Perlembagaan adalah tidak bertanggungjawab.
Katanya, kenyataan Sanusi adalah subversif, mengganggu, serta mempersoalkan kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong.
FMT menghubungi Sanusi untuk mendapatkan komen.