Mayat bayi perempuan ditemui dalam kotak sampah

Mayat bayi perempuan ditemui dalam kotak sampah

Mayat bayi berkulit cerah dan dibaluti kain itu ditemui pekerja pengutip sampah pagi tadi.

Kotak sampah yang mengandungi mayat bayi perempuan ditemui di hadapan sebuah rumah kebajikan. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam kotak sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, hari ini.

Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, mayat bayi berkulit cerah itu dibaluti kain, ditemui pekerja pengutip sampah, 9.30 pagi.

Katanya, bilik gerakan IPD Serdang menerima panggilan Mers 999 memaklumkan kes pembuangan bayi pada 10.05 pagi.

“Mayat bayi akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.