Fama diarah hantar bekalan sayur ke kawasan alami kekurangan

Fama diarah hantar bekalan sayur ke kawasan alami kekurangan

Mohamad Sabu berkata usaha itu bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur dialami di beberapa kawasan ketika ini.

Mohamad Sabu berkata kajian dasar akan dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan sayur di kawasan terlibat.
PUCHONG:
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) diarahkan memulakan langkah menghantar bekalan sayur di kawasan mengalami kekurangan bahan mentah itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata usaha itu bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur dialami ketika ini.

“Kita akan gerakkan jentera untuk kita pasarkan (sayur) dan kita tahu benda hidup ini berubah. Sekarang masalah telur atau ayam agak reda, datang pula masalah sayur.

“Kita juga akan buat kajian dasar supaya tempat kurang dapat dihantar,” katanya kepada selepas mengadakan lawatan ke loji pemprosesan sarang burung walit di Puchong.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya berkaitan kekurangan sayur di Melaka.

Mohamad bagaimanapun berkata, masalah kekurangan sayur masih lagi dapat dikawal.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda berbanding sebelum Monsun Timur Laut (MTL).

Sementara itu, Mohamad berkata, bekalan telur mencukupi serta terkawal.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan memastikan bekalan daging mencukupi menjelang Ramadan hingga ke Aidilfitri.

“Kita lihat masalah daging menjelang hari raya kerana biasanya Ramadan orang buat kenduri di masjid dan sebagainya, oleh itu, keperluan daging perlu dipertingkatkan sehingga ke Hari Raya (Aidilfitri),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.