Pendekkan khidmat naib canselor UUM kerana aduan, kata menteri

Pendekkan khidmat naib canselor UUM kerana aduan, kata menteri

Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin enggan menyatakan sebab dan punca tempoh perkhidmatan naib canselor UUM dipendekkan.

Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya menerima aduan daripada pensyarah dan lembaga pengarah UUM tahun lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tempoh perkhidmatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah dipendekkan selepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima aduan terhadapnya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan terhadap naib canselor kesembilan itu daripada pensyarah dan lembaga pengarah UUM tahun lalu.

“Secara asasnya, perkara itu bukan dibuat secara suka-suka, tetapi tidak perlulah saya nyatakan apa sebab dan puncanya.

“Pertukaran itu hanya menyingkatkan tanggungjawabnya dan beliau tetap menjadi profesor di fakultinya, bukan bermakna dia dibuang,” katanya menurut Harian Metro.

KPT dalam kenyataan pada 20 Dis 2022 memaklumkan tempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai naib canselor UUM dipendekkan berkuat kuasa 18 Jan lalu.

Haim Hilman, 49, dilantik ke jawatan itu pada 17 Jan 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.