Indeks persepsi rasuah Malaysia jatuh lagi

Indeks persepsi rasuah Malaysia jatuh lagi

Mata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia menurun kepada 47 tahun lalu.

Pada 2019, Malaysia mencatat mata CPI 53, namun berkurang kepada 51, pada 2020 dan 48, pada 2021.
KUALA LUMPUR:
Malaysia sekali lagi mencatatkan penurunan mata dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI 2022).

Transparency International-Malaysia (TI-M) dalam laporan terbaharunya, berkata Malaysia mendapat mata CPI 47, tahun lalu.

Ini bermakna, negara merekodkan penurunan enam mata dalam CPI tahunan Transparency International, sejak tiga tahun lalu.

Pada 2019, Malaysia mencatat mata CPI 53, namun berkurang kepada 51, pada 2020 dan 48, pada 2021.

Bagaimanapun, Malaysia meningkatkan ranking dalam kalangan 180 negara, menokok satu ranking kepada 61, pada 2022.

Peningkatan itu dicatat berbanding ranking 62, pada 2021.

Pada 2020, Malaysia berada pada ranking 57, menurun daripada ranking 51, pada 2019.

Mengambil kira penurunan mata terbaharu, Malaysia berada di belakang Arab Saudi, Namibia dan Mauritius. Singapura satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara berjaya berada di ranking 10 teratas di dunia, dengan 83 mata.

Presiden Transparency International Malaysia Muhammmad Mohan, berkata penekanan perlu diberikan terhadap mata CPI diperoleh, berbanding ranking.

“Ranking boleh naik turun, tapi mata indeks lebih penting untuk dilihat,” katanya dalam sidang media di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.