Ops Selamat 19 catat 1,389 kemalangan pada hari terakhir

Ops Selamat 19 catat 1,389 kemalangan pada hari terakhir

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mat Kasim Karim berkata kemalangan itu melibatkan 1,711 kenderaan.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 1,389 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari terakhir pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,711 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatat jumlah tertinggi sebanyak 1,140 kes.

“Ia diikuti motosikal membabitkan 250 kes, pacuan empat roda (211), lori (86), van (15), bas (7) dan masing-masing satu kes kemalangan traktor dan basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.