Khairy dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung, kata sumber

Khairy dipecat; Hishammuddin, Shahril digantung, kata sumber

Sumber selepas mesyuarat MKT Umno malam tadi memberitahu bahawa parti itu telah memecat keahlian Khairy Jamaluddin.

Khairy Jamaluddin dipecat, manakala Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan digantung.
KUALA LUMPUR:
Umno memecat keahlian Khairy Jamaluddin, kata sumber selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi parti itu malam tadi.

Pemecatan bekas ketua Pemuda Umno itu juga dimaklumkan oleh seorang lagi sumber yang dekat dengan Khairy.

Sumber juga memaklumkan bahawa Umno menggantung keahlian bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; ahli MKT, Fathul Bari Mat Jahya; bekas ahli Parlimen Jempol, Salim Mohd Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang.

Menurut sumber, keahlian mereka digantung selama enam tahun.

FMT sedang menunggu pengumuman rasmi daripada Umno.

Terdahulu, Umno menggantung keahlian bekas pengerusi Umno Selangor, Noh Omar, selama enam tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.