Jangkitan Covid-19 naik sedikit kepada 132 kes

Jangkitan Covid-19 naik sedikit kepada 132 kes

Sebanyak 132 kes Covid-19 dilaporkan semalam sementara satu kematian dicatatkan.

Sebanyak 9,783 kes masih aktif, termasuk 11 pesakit ditempatkan di ICU, dengan 10 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
PETALING JAYA:
Kes harian Covid-19 meningkat sedikit semalam dengan 132 kes dilaporkan berbanding 101 kes pada hari sebelumnya sementara satu kematian direkodkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 130 kes jangkitan tempatan dan dua kes import.

Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 sebanyak 5,035,205 kes sementara kematian kekal 36,933.

Setakat semalam, sebanyak 9,783 kes masih aktif, termasuk 11 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 370 pesakit atau 3.8% menerima rawatan di hospital.

Seramai 346 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.