
Beliau berkata, projek yang dilancarkan pada 2018 itu kini mencapai kemajuan sebanyak 21.69%.
“Mereka masih memerlukan 300 hingga 400 pekerja lagi, untuk mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pekerja bagi mencapai sasaran yang perlu dipatuhi.
“Jika tiada halangan pada bekalan tenaga pekerja dan bekalan bahan binaan, ia boleh siap ikut sasaran ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak pembinaan perumahan program SASaR di Sungai Besi.
Mohamad berkata, beliau yakin sasaran itu boleh dicapai selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh tambahan tiga jam masa bekerja untuk menyiapkan projek berkenaan.
Katanya, tambahan masa itu berikutan projek tersebut mengalami 6% kelewatan daripada perancangan asal.
Jelasnya, kelewatan itu berpunca ketika negara menghadapi Covid-19 yang mengakibatkan masalah kekurangan pekerja dan bekalan bahan binaan.
“Sepatutnya kemajuan projek itu masa ini sebanyak 27%,” katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada Kertas Putih Pertahanan (KPP) untuk ATM bagi memastikan perumahan dan kebajikan yang mencukupi untuk anggota mereka.
Katanya, pembinaan perumahan (SASaR) kedua untuk anggota kem ATM Wardieburn di Setapak, Kuala Lumpur, yang diluluskan Jemaah Menteri pada 2021 juga akan dimulakan tidak lama lagi.