Harga makanan, minuman penyumbang utama kadar inflasi, kata Rafizi

Harga makanan, minuman penyumbang utama kadar inflasi, kata Rafizi

Rafizi Ramli berkata semua komponen indeks harga pengguna berkurangan kecuali restoran dan hotel, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Rafizi Ramli berkata kenaikan harga makanan dan minuman terutama di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi.
PETALING JAYA:
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berkata penyumbang utama kepada kadar inflasi bagi Disember 2022 ialah kenaikan harga makanan dan minuman.

“Kenaikan harga makanan dan minuman terutama di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, bagaimanapun kadar inflasi negara menurun kepada 3.8% bagi Disember 2022 daripada 4% pada November.

Katanya, semua komponen indeks harga pengguna (IHP) berkurangan kecuali restoran dan hotel, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Bagi menangani isu kos sara hidup, beliau berkata beberapa agensi kerajaan sedang merangka strategi baharu untuk “penyelesaian cepat” yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ini termasuk agensi daripada kementeriannya, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengetengahkan platform OpenDOSM, yang dilancarkan Jabatan Perangkaan, yang menetapkan data untuk harga 28 juta barangan dari seluruh negara.

Data itu diperoleh daripada aplikasi PriceCatcher yang dibangunkan oleh KPDN, katanya.

Beliau berkata, platform itu akan memberi peluang kepada rakyat memantau kenaikan dan penurunan harga barangan, selain pemantauan kerajaan terhadap barangan itu di peringkat makro.

Sekiranya terdapat penurunan kadar inflasi ke paras lebih sederhana, ia akan diterjemahkan kepada harga yang dibayar pengguna, katanya. Jika tidak, ia akan menjadi masalah, tambahnya.

Beliau juga berkata, jika kadar inflasi turun kepada 3.2% atau 3% menjelang April, maka pada peringkat makro, nampaknya harga barangan mentah mengikut IHP berada pada “kadar sihat” untuk ekonomi.

Bagaimanapun, beliau berkata jika pengguna terus membayar harga yang tinggi untuk barangan, “kita perlu menangani jurang ini”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.