Dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan, kata Anwar

Dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan, kata Anwar

Bagaimanapun perdana menteri itu berkata dasar yang mengandungi "kepincangan serius" akan dikaji semula.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia dalam satu majlis makan malam di Bandar Seri Begawan, Brunei, semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu akan diteruskan jika ia tidak dibelenggu oleh “isu besar”, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana penarikan balik dasar tertentu akan membawa kepada gangguan.

“Sebagai peraturan umum, pengumuman sebelumnya harus dihormati walaupun ada yang mungkin kami tidak bersetuju. Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak gangguan,” katanya pada forum di Brunei Darussalam semalam.

Bagaimanapun, Anwar berkata dasar yang mengandungi “kepincangan serius” akan dikaji semula.

“Jika beberapa peruntukan melanggar prinsip asas tertentu, atau jika ia dilakukan melalui cara yang meragukan, saya tidak akan melakukannya (mengekalkan polisi),” katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin mengenai pengecualian tambahan cukai ke atas pendapatan asing.

Tahun lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan kelayakan pengecualian cukai tambahan bagi pembayar cukai dengan pendapatan dividen luar negara yang diterima semasa tinggal di Malaysia dari 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.