
Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata operasi itu dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melalui Wildlife Crime Bureau (WCB) serta pasukan Perisikan dan Siasatan Khas (PSK).
Katanya, rampasan itu dibuat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Racun 1952.
Noorsiah berkata, polis akan terus melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membenteras jenayah kontraban serta kesalahan lain.
“Kerjasama daripada orang ramai juga amat digalakkan bagi menyalurkan maklumat kepada polis untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan.