Hari ke-6 Op Selamat rekod 1,312 kemalangan

Hari ke-6 Op Selamat rekod 1,312 kemalangan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim berkata, kemalangan itu membabitkan 1,603 kenderaan.

Kereta masih merekodkan penyumbang tertinggi kemalangan dalam Op Selamat dengan 72.36%, pikap 13.10% dan motosikal 11.48%.
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,312 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mat Kasim Karim berkata, kemalangan itu membabitkan 1,603 kenderaan.

“Daripada statistik harian, kereta mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 1,160 kes, diikuti pacuan empat roda sebanyak 210 kes, motosikal (184), lori (19), van (19), bas (5), teksi (4) dan masing-masing satu kes kemalangan basikal dan kenderaan polis.

“Kereta masih merekodkan penyumbang tertinggi kemalangan dengan 72.36%, pikap 13.10% dan motosikal 11.48%,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.