
Kedua-dua mereka difahamkan bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pergaduhan berlaku di sebuah restoran di Shah Alam.
“Pihak polis ada terima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak isteri jurulatih bola sepak tersebut awal pagi tadi,” katanya.
Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.
Wanita yang dikahwini dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.