
Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Tiong King Sing menjangkakan sasaran itu akan tercapai, susulan keputusan China menyambung perkhidmatan lawatan berkumpulan selepas membuka semula sempadannya pada 8 Jan lepas.
“Saya ucapkan selamat datang ke Malaysia dan berharap pelancong dari negara lain juga melawat Malaysia,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata kedatangan pelancong akan memacu sektor pelancongan dan ekonomi, seperti dari China selepas tiga tahun sekatan di negara itu berikutan wabak.
Tiong beri jaminan setiap pelancong telah menjalani saringan Covid-19 sebelum berlepas. Rakyat juga diminta terus mengutamakan kesihatan diri dan menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak.
“Kita sama-sama jaga kesihatan kendiri dan kita kena bergerak ke hadapan,” katanya.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dilaporkan menaruh kepercayaan penuh kepada Kementerian Kesihatan menguruskan ketibaan pelancong China, sama seperti yang mereka lakukan dengan pengembara lain dari seluruh dunia.