
Timbalan Presiden Rafizi Ramli berkata rancangan yang akan dimulakan pada Mac nanti adalah langkah jangka panjang sebelum PRU16.
Rancangan itu akan menekankan kemahiran dan kualiti ahli, serta kehadiran mereka membabitkan masyarakat, katanya.
Pemimpin PKR nasional juga akan turun padang bagi menjayakan usaha itu.
Katanya pada sidang media di konvensyen PKR Kelantan, rancangan itu “bagi membina keyakinan rakyat supaya melihat kelebihan pada anggota PKR, berbanding situasi sekarang di mana mereka tidak yakin dengan parti kita,” lapor Berita Harian.
Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan PKR akan melancarkan koperasi bulan depan.
Parti itu mensasarkan 20%-30% daripada 1.2 juta ahli akan menyertainya.