Najib kemuka permohonan semakan sabitan, hukuman kes SRC esok

Najib kemuka permohonan semakan sabitan, hukuman kes SRC esok

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan akan terlebih dulu menentukan sama ada permohonan bersesuaian dan layak untuk disemak.

Najib Razak akan memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International.
KUALA LUMPUR:
Najib Razak dijadual hadir di Mahkamah Persekutuan sekali lagi esok dalam usaha semakan dibuat terhadap sabitan hukuman penjara dalam kes rasuah SRC International.

Panel lima hakim dijangka mendengar permohonan itu, yang dibuat mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, bagi menentukan terlebih dulu permohonan dikemukakan bersesuaian dan wajar untuk semakan.

Peguam Guok Ngek Seong, berkata permohonan bagi semakan sabitan dan hukuman jarang membuahkan hasil.

“Jarang sekali kes berjaya mendapatkan semakan,” katanya yang pernah berhujah beberapa kali bagi permohonan seumpama itu.

Katanya, walaupun permohonan semakan dibenarkan dalam kes sivil dan jenayah, ambang untuk pemohon menyakinkan para hakim cukup-cukup tinggi.

“Mahkamah sangat berhati-hati untuk membenarkan semakan atau tiada kemuktamadan dalam litigasi,” katanya.

Guok berkata, Peraturan 137 membenarkan semakan seperti itu dibuat yang mana boleh menunjukkan terdapat pelanggaran keadilan sejadi atau penyalahgunaan proses.

Katanya, penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes semakan tahun lalu juga mengingatkan hakim walaupun kepentingan awam dalam kemuktamadan litigasi sangat penting, pencegahan ketidakadilan dibelakangkan.

Menurut Guok, mahkamah atasan dalam kes itu, berkata tidak wajar bagi mahkamah berpeluk tubuh dan berkata kepada litigan, “Amat malang bagi anda, namun kami akan melakukan lebih baik pada masa akan datang.”

Najib, 69, memfailkan semakan pada September selepas mahkamah atasan mengekalkan sabitan kerana salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan penggubahan wang, dalam kes SRC International.

Pada 23 Ogos, lima panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri itu. Sekiranya denda tidak dijelaskan, tambahan lima tahun penjara akan dikenakan.

Najib memohon keputusan terhadapnya diketepikan dan memohon Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh hakim untuk mendengar semula rayuannya.

Pada 16 Ogos, sebelum pendengaran rayuan, Najib mengusulkan untuk membawa keterangan tambahan dan memohon hakim perbicaraan, Nazlan Ghazali, disingkirkan.

Mahkamah kemudian menolak permohonan Najib untuk membuat penangguhan demi membolehkan pasukan peguam barunya membuat persediaan bagi berhujah secara merit berhubung permohonan rayuan dikemukakan.

Najib juga mengemukakan aduan bahawa Tengku Maimun tidak boleh mempengerusikan rayuan atas alasan kononnya berat sebelah, namun permohonan itu juga ditolak, pada 23 Ogos.

Shafee Abdullah akan hadir mewakili Najib, mana Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram mewakili pihak pendakwaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.