
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, jabatan itu mengeluarkan amaran hujan berterusan kepada negeri yang terbabit iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Jan.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.