
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jakarta (BPBD), Isnawa Adji, berkata operasi yang dijalankan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) itu akan diteruskan lima hari berikutnya, lapor agensi berita Antara.
“Seterusnya, BPBD Jakarta boleh meneruskan operasi ini, sudah tentu berdasarkan ramalan cuaca Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG),” katanya.
Isnin lalu, sekitar 28 kejiranan dan 44 jalan di seluruh Jakarta – termasuk Jakarta Pusat, Utara, Barat, Selatan dan Timur – dinaiki air selepas hujan berterusan.
BPBD Jakarta dalam kenyataan berkata, setakat 6 petang Selasa, dua kejiranan di Jakarta Barat dan satu di Jakarta Timur masih terjejas banjir.