Harga siling ayam, telur diangkat selepas bekalan pulih, kata Salahuddin

Harga siling ayam, telur diangkat selepas bekalan pulih, kata Salahuddin

Menteri KPDN berkata laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendapati bekalan ayam pulih sepenuhnya dan telur sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Salahuddin Ayub berkata kerajaan sedang menunggu masa untuk mengangkat harga siling ayam dan telur yang telah dilaksanakan terlalu lama.
PETALING JAYA:
Kerajaan akan mengangkat pengapungan harga siling ayam dan telur ayam selepas bekalan dijangka pulih dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeriannya sedang menunggu masa untuk mengangkat semula harga siling barangan tersebut.

“Saya telah nyatakan hasil laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bekalan ayam telah pulih sepenuhnya dan bekalan telur akan pulih paling kurang tiga bulan lagi.

“Jadi hanya menunggu masa sahaja untuk harga siling diangkat balik kerana ia telah dilakukan terlalu lama, hampir setahun lebih,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Tambahnya, harga siling yang bakal diangkat kembali itu sedang menunggu keputusan yang akan diputuskan kabinet sendiri.

Terdahulu, Salahuddin berkata, penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga lebih stabil.

Ditanya sama ada harga siling baharu itu nanti akan lebih murah berbanding harga siling semasa atau sebaliknya, Salahuddin berkata perkara itu akan ditentukan kemudian dan berharap rundingan baik dapat dilakukan dengan pemain industri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.