
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Hulu Paka, Dungun, semalam.
Mangsa, Muhammad Zuhaily Roslan dari Paka dikatakan melintasi anak sungai untuk menjala ikan sebelum tergelincir dan dibawa arus.
Ketua Polis Dungun, Baharudin Abdullah, berkata seorang rakan yang turut bersama mangsa ketika kejadian terselamat.
“Pasukan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan,” katanya menurut Sinar Harian.