Pegawai khas TPM Ramesh Rao meninggal dunia

Pegawai khas TPM Ramesh Rao meninggal dunia

Dilaporkan bahawa mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Ramesh Rao dilantik menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri pada 24 Dis tahun lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Menurut Malaysiagazette, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ramesh dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini, terutamanya kaum India.

Pada 24 Dis lepas, pemimpin NGO yang juga penyokong Barisan Nasional itu dilantik menjadi pegawai khas Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam kenyataan pagi ini menyampaikan ucapan takziahnya dan menyatakan penghargaan terhadap khidmat dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.