
Bagaimanapun, pemandu terbabit dilaporkan selamat kerana berada di kedai serbaneka berhampiran.
Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu berlaku selepas satu panel aluminium jatuh dari tingkat 56 sebuah bangunan dalam pembinaan.
Sementara itu, Pengarah DOSH Zamzurin Maarof berkata pihaknya telah memeriksa lokasi kejadian untuk mengenal pasti sama ada wujud aspek pelanggaran undang-undang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pihaknya juga akan merekodkan keterangan pekerja dan pemandu kereta itu pada esok.
“Siasatan awal menunjukkan pekerja sedang menanggalkan acuan ketika kejadian berlaku,” katanya.
Terdahulu pagi ini tular video kejadian itu yang menunjukkan kereta jenis Toyota Vios mengalami kerosakan teruk dihempap konkrit.