
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radi berkata, ini kerana beberapa proses perlu diikuti sebelum membuat usul berkenaan.
“Buat masa ini, Umno Sabah belum mengemukakan usul kepada lembaga disiplin parti mengenai tindakan lima ADUN menyokong Hajiji.”
“ADUN Umno yang membelakangkan keputusan parti tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kepimpinan bahagian kecuali seorang berjawatan iaitu timbalan ketua bahagian.
“Sementara ADUN lain hanya anggota biasa dan ada yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang sering kali bertukar parti,” katanya menurut Bernama.
Pada 6 Jan lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji, sebagai ketua menteri.
Bagaimanapun, lima ADUN berkenaan enggan menyokong langkah Umno Sabah menarik sokongan kepada kerajaan negeri.
ADUN terbabit ialahTimbalan Ketua Umno Tuaran, Jasnih Daya (Pantai Dalit), Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), James Ratib (Sugut), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).
Bung Moktar juga mendakwa pelantikan Shahelmey sebagai timbalan ketua menteri III merangkap menteri kerja raya Sabah yang baharu manakala James sebagai menteri pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat Sabah tidak mewakili dan tidak diiktiraf oleh Umno Sabah.