
Katanya, Zahid memberi jaminan akan bertindak terhadap “anasir” dalam parti, yang boleh menjadi penghalang kepada hala tuju baharu Umno,
“Zahid memberi jaminan akan melakukan pembersihan ‘total’ supaya Umno bersih daripada anasir baling batu sembunyi tangan. Mereka mendatang mudarat kepada Umno,” katanya di Facebook.
“Mereka boleh jadi penghalang kejayaan hala tuju baharu Umno yang akan dibentangkan dalam ucapan dasar presiden UMNO Jumaat ini.”
Puad tidak menghuraikan hala tuju baharu yang dikatakan itu.
Difahamkan taklimat khas hari ini dihadiri oleh biro politik dari bahagian-bahagian Umno.
Taklimat petang tadi diadakan sebelum perasmian perhimpunan agung Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno malam ini.