
Beliau mengambil alih jawatan pengarang urusan kumpulan yang mulai hari ini, menggantikan Mustapha Kamil Janor, yang bersara hujung tahun lalu.
Di samping itu, beliau juga akan memainkan peranan sebagai pengarang kumpulan Berita Harian, menurut Media Prima dalam kenyataan hari ini.
Zaini merupakan wartawan di agensi berita Bernama pada 1984 sebelum menyertai Berita Harian tujuh tahun kemudian.
Beliau dinaikkan pangkat dalam pelbagai jawatan di Berita Harian, daripada ketua biro Kedah, pengarang berita, ketua pengarang berita dan pengarang eksekutif (komersial dan hal ehwal semasa).
Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Rafiq Razali berkata, Zaini akan terus mengetuai pasukan editorial Berita Harian dan Harian Metro selain New Straits Times.
“Kami yakin pelantikan ini membawa kepada peralihan yang lancar kerana beliau sudah lama bersama kumpulan dan terbabit secara aktif dalam usaha transformasi perniagaan di NSTP,” katanya.