Remaja Orang Asli maut diserang gajah

Remaja Orang Asli maut diserang gajah

Polis berkata, gajah itu menuju ke kebun durian di Kampung Tual, selepas dihalau penduduk Kampung Regang.

Polis berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan berada di kebun durian bersama ahli keluarganya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang remaja Orang Asli berusia 15 tahun maut dipercayai diserang seekor gajah liar di kebun durian di Kampung Tual di Pos Sinderut, Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Andy Yok Manin pada 4.30 petang tadi oleh batin kampung itu.

“Mangsa dikatakan berada di kebun durian yang terletak kira-kira 30km dari rumahnya bersama ahli keluarga.

“Gajah itu dikatakan terlebih dahulu menyerang di Kampung Regang, namun dihalau penduduk menyebabkan ia menuju ke kebun durian itu,” katanya menurut laporan Bernama.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.