
Beliau memasuki istana pada 4.30 petang tadi, dipercayai untuk menyerahkan akuan bersumpah ADUN yang menyokongnya untuk terus menerajui Sabah.
Hajiji melambai ke arah pengamal media sambil senyum, ketika keluar dari istana kira-kira 5.20 petang tadi.
Setakat ini, tiada pemimpin parti lain yang muncul di istana.
Pihak Warisan pula mengesahkan Presidennya, Shafie Apdal tidak akan ke istana negeri buat masa ini.

Sementara itu, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin menemui Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, beliau menemui Zahid untuk memaklumkan dan menjelaskan kemelut di Sabah.
“Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya! Perjuangan baru bermula dan perjalanan mesih jauh dan panjang,” tulisnya dalam catatan Facebook yang turut dilampirkan gambar beliau bersama Zahid, timbalannya Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.