
Kerajaan Perlis dalam satu kenyataan turut menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan sesak selain sentiasa mencuci tangan atau kembali menggunakan `hand sanitizer’.
“Kerajaan negeri mengikuti dan memantau perkembangan terbaru mengenai penularan wabak Covid-19 termasuk varian baru dari China yang dikesan di Malaysia.
“Sehubungan dengan itu kerajaan negeri mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan mempertimbangkan untuk mengwajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sekiranya jangkitan Covid-19 terus meningkat.
Sebelum ini, terdapat desakan supaya kerajaan menyekat kemasukan pelancong, terutama dari China susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan dua varian Covid-19, iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80% daripada varian menular di China ketika ini dikesan di Malaysia.
Setakat 31 Dis lalu, katanya, terdapat 4,148 kes dijangkiti BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.