
Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata Kementerian Kesihatan hanya perlu membenarkan pelancong dari China yang lengkap divaksin dan negatif ujian RT-PCR.
“Apabila tiba di pintu masuk atau dalam tempoh 24 jam, pengembara perlu menjalani saringan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) profesional untuk Covid-19.
“Perkara yang sama juga perlu dilakukan bagi pelancong dari negara lain yang mengalami peningkatan kes yang ketara (Covid-19),” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, walaupun Sabah dan Sarawak mempunyai Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri, banyak keputusan perlu dimuktamadkan di Putrajaya.
“Walaupun peruntukan besar diberikan, ia tidak digunakan sepenuhnya kerana norma kerajaan yang perlu merujuk kepada Putrajaya,” katanya.
“Kami kini memutuskan bahawa pelaksanaan projek infrastruktur di bawah RM50 juta akan diserahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan mengikut peraturan kewangan yang sepatutnya.
“Keputusan boleh dibuat di Kuching atau Kota Kinabalu tanpa sebarang kelewatan seperti sebelum ini.”
Anwar juga berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat di Kuching mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjelang akhir bulan ini.
Mesyuarat itu akan dihadiri Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
Antara topik utama yang akan dibincangkan ialah pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perkara 112 (D) Perlembagaan Persekutuan.
“Sabah mula-mula diberi RM16 juta dan Sarawak RM25 juta, dan ia sepatutnya disemak setiap lima tahun, tetapi ini tidak dilakukan,” katanya.
“Disebabkan itu, kita kena pastikan ada pertambahan yang sewajarnya dalam peruntukan ini.
“Ini adalah sesuatu yang telah dihidupkan semula baru-baru ini, dan saya akan cuba memuktamadkan ini semasa pertemuan saya dengan premier (Sarawak) dan (ketua menteri) Sabah.”