Kebakaran lagi di Wisma Jakel

Kebakaran lagi di Wisma Jakel

Ini kejadian kebakaran kedua selepas gedung tekstil yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu musnah 80% dalam kejadian Ahad lepas.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung satu lagi kejadian kebakaran di gedung Jakel Shah Alam tengah malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Wisma Jakel di Shah Alam sekali lagi mengalami kebakaran tengah malam tadi, selepas sebuah kebakaran memusnahkan 80% daripada satu lot kedai tiga tingkat Ahad lepas.

Kali ini, kebakaran membabitkan bilik simpanan kain langsir berkeluasan 30×40 kaki persegi di tingkat tiga, menurut Astro Awani.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah malam tadi, seramai 43 pegawai dan anggota dari enam balai bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian di Seksyen 7.

Api berjaya dikawal pada 1.45 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 3.07 pagi, dan tiada mangsa terbabit, katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, kejadian Ahad lepas dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Kerugian awal dianggarkan hampir RM100 juta, menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.