Peniaga ugut polis ditahan selepas sebulan sembunyi

Peniaga ugut polis ditahan selepas sebulan sembunyi

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun hari ini untuk permohonan perintah reman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengugut pegawai dan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Baharudin Abdullah berkata, suspek yang dikatakan membuat ugutan terhadap pegawai dan anggota polis sejak sebulan lalu, menyembunyikan diri selepas tahu diburu polis.

“Selepas sebulan usaha mengesan suspek dilakukan, polis berjaya menahan suspek hasil daripada risikan yang dilakukan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan di Bangi, Selangor kira-kira 12 tengah malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Suspek yang juga peniaga dibawa Mahkamah Majistret Dungun hari ini dan Majistret Noradila Ab Latif membenarkan permohonan perintah reman terhadapnya selama empat hari bermula hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.