Polis ingatkan orang ramai tidak tular komen lama sentuh soal perkauman

Polis ingatkan orang ramai tidak tular komen lama sentuh soal perkauman

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang tular sejak semalam itu merupakan komen lama

Noorsiah Mohd Saaduddin berkata polis semalam telah mengesan penularan semula tangkap layar mesej berbaur perkauman itu di media sosial antaranya di Facebook dan Whatapps.
KUALA LUMPUR:
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang dikesan tular di media sosial sejak semalam itu merupakan komen lama.

Beliau berkata semalam polis telah mengesan penularan semula tangkap layar berkenaan di pelbagai media sosial antaranya di aplikasi Facebook dan Whatapps itu.

Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.