Gangguan bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan bekalan di lima wilayah itu pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.

Bekalan air di lima wilayah Air Selangor yang mengalami gangguan bekalan air bermula pagi Sabtu, telah pulih sepenuhnya.
PETALING JAYA:
Bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan bekalan air di lima wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.

“Lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang terjejas bekalan, telah pulih sepenuhnya.

“Bekalan terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi susulan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

“Terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi Sabtu lalu, berikutan henti tugas sementara di kedua-dua LRA tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.