
Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam catatan Twitternya memaklumkan mayat terakhir itu ditemui 2 anggotanya di sektor A pada 4.53 petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata, mangsa korban terakhir itu adalah kanak-kanak lelaki dan operasi SAR ditamatkan pada 5.52 petang tadi susulan penemuan terakhir itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah dipetik Bernama berkata, butiran lanjut mengenai penemuan mayat terakhir itu akan dimaklumkan kemudian.
Seramai 92 mangsa dilaporkan terbabit dalam tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi 16 Dis lalu, yang meragut 31 nyawa, manakala 61 lagi selamat.
Mangsa korban terdiri daripada tujuh kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan, 14 wanita dewasa dan enam lelaki dewasa.