
Mahkamah Tinggi Georgetown di Pulau Pinang sebelum ini menolak permohonan kerajaan untuk merampas harta individu dan syarikat itu dengan alasan kerajaan gagal membuktikan kes terhadap keseimbangan kebarangkalian.
Menurut Mahkamah Tinggi, “judi dalam talian” tidak ditakrifkan bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka dan undang-undang berkenaan tidak boleh digunakan untuk menangani judi dalam talian.
Hakim Mahkamah Tinggi, Radzi Abdul Hamid, berkata undang-undang seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan Akta Pertaruhan sudah ketinggalan zaman dan tidak dikemaskini untuk memasukkan peruntukan bagi menjadikan judi dalam talian satu kesalahan.
Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili dua syarikat dinamakan sebagai responden berkata, Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Jan dan 13 Feb ini bagi pengurusan kes.
Pada 2020, kerajaan memfailkan permohonan bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) untuk merampas wang dalam akaun dikaitkan dengan aktiviti judi dalam talian.
Selain akaun bank, pihak berkuasa juga mahu melucut hak sebuah rumah di Country Heights, Kajang dan juga lima kenderaan.