
Pagi tadi, Johari Abdul dipilih sebagai Speaker baharu selepas mendapat 147 undi menerusi undian bersurat, berbanding calon dinamakan pembangkang, Radzi Sheikh Ahmad yang memperoleh 74 undi, menjadikan keseluruhan Ahli Parlimen mengundi sebanyak 221.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, ketika memberitahu FMT, berkata timbalan menteri ekonomi itu terpaksa mengambil ubat bagi meredakan kesakitan dialami.
“Dalam perjalanan ke Parlimen, beliau terperangkap dalam kesesakan trafik dan sampai di Parlimen, namun tidak sempat untuk mengundi (calon) Speaker,” katanya.
Hanifah merupakan timbalan menteri ekonomi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), selain anak perempuan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.