KDN sedia bincang, beri maklumat berkait Sosma, kata timbalan menteri

KDN sedia bincang, beri maklumat berkait Sosma, kata timbalan menteri

Shamsul Anuar Nasarah berkata, perbincangan itu antara lain bagi mengelakkan salah faham berhubung undang-undang di negara ini, termasuk Sosma.

Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementeriannya sedia mendengar pandangan dan memberi maklumat kepada NGO supaya mereka memahami Sosma.
LENGGONG:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi maklumat berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Timbalan menterinya, Shamsul Anuar Nasarah berkata, perbincangan itu antara lain bagi mengelakkan salah faham berkaitan undang-undang di negara ini, termasuk Sosma.

“Kami sedia dengar pandangan dan buka peluang untuk NGO datang (berjumpa) supaya kami boleh beri maklumat agar mereka faham.

“Mereka mungkin tidak dapat maklumat tepat. Jadi, kami boleh kongsi maklumat,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu selepas merasmikan Festival Lenggong GeoPark di Laman Budaya Lenggong.

Jelasnya, apa saja undang-undang yang digubal, ia dibuat demi kepentingan rakyat dan negara.

Semalam, Naib Presiden Muda, Zaidel Baharudin berkata, kerajaan patut menyemak semula Sosma dan tampil dengan undang-undang baharu yang lebih bagus.

Terdahulu, Shamsul berkata, peluang pelaburan baharu dan besar mampu mengangkat Lenggong GeoPark sebagai kalendar penting pelancongan untuk dimanfaatkan pelancong tempatan dan luar negara, termasuklah penyediaan pusat konvensyen dan prasarana pelancongan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.