PM mahu ‘rundingan lebih bermakna’ berkait tuntutan Batu Puteh

PM mahu ‘rundingan lebih bermakna’ berkait tuntutan Batu Puteh

Anwar Ibrahim mahu rundingan lebih bermakna dengan Singapura berhubung isu itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan peguam negara meneliti semula isu tuntutan Batu Puteh. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara Idrus Harun meneliti semula isu tuntutan Batu Puteh.

Anwar mahu rundingan lebih bermakna dengan Singapura berhubung isu berkenaan, menurut Bernama.

“Kita meminta peguam negara memberi penjelasan tentang kontroversi tuntutan Batu Puteh yang sekarang dipindahkan ke Singapura oleh ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) dan beberapa kesan sampingan juga kita minta diteliti semula, dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura.

“Supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit dari sudut hubungan dua negara sahabat,” katanya pada sidang media.

Pada Oktober, perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, berkata Jemaah Menteri diberitahu kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, terhadap tuntutan kes Batu Puteh.

Ismail berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan oleh pasukan petugas khas dalam kes itu bahawa Mahathir mungkin membuat kesilapan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018 melibatkan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju meneruskan tindakan perundangan di ICJ untuk kes itu hasil cadangan daripada pasukan petugas khas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.