
Rahilah berkata, MPKS tidak meluluskan permohonan permit daripada pengusaha itu malah menjalankan sitaan sejak 29 Nov lalu.
“Namun, pihak berkenaan masih berdegil untuk beroperasi bermula 10 Dis lalu (Sabtu) sehingga menyebabkan berlaku insiden malang tersebut,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Selain MPKS, operasi pesta itu tidak mendapat kebenaran polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kata Rahilah, yang menambah notis kompaun telah diserahkan kepada pengusaha.
Dalam kejadian 12 Dis lepas, seorang kanak-kanak dan dua wanita cedera selepas terjatuh dari salah satu permainan, menurut polis.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut, manakala pesta diarah tutup serta-merta bagi siasatan lanjut.