Pilihan raya dah tamat, henti perbalahan politik, kata Adam Adli

Pilihan raya dah tamat, henti perbalahan politik, kata Adam Adli

Beliau berkata perbalahan di antara satu sama lain yang berpunca daripada isu politik ketika kempen pilihan raya tidak harus dipanjangkan lagi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli mengakui kerajaan berdepan banyak cabaran antaranya mengatasi kos sara hidup dan melakukan pembaharuan yang selari dengan hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA:
Semua pihak perlu mengenepikan pertikaian politik selepas berakhirnya pilihan raya, kata Ketua Pemuda PKR Adam Adli yang dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan dalam kerajaan perpaduan.

Beliau berkata perbalahan di antara satu sama lain yang berpunca daripada isu politik ketika kempen pilihan raya tidak harus dipanjangkan lagi.

“Itu merugikan banyak terutama sekali tenaga dan masa orang-orang yang sepatutnya buat kerja sekarang ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau yang juga ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata kerajaan berdepan banyak cabaran antaranya mengatasi kos sara hidup dan melakukan pembaharuan yang selari dengan hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menyentuh tanggungjawabnya sebagai timbalan menteri belia dan sukan, Adam berkata fokusnya ketika ini untuk memastikan semua perancangan kementerian dan menteri Hannah Yeoh dapat dilaksanakan.

“Kalau sebelum ini secara tradisinya (fokus belia hanya) dalam bidang sukan dan pendidikan, tetapi sekarang dalam demokrasi dan politik jadi cabaran untuk golongan muda itu banyak, ini peranan yang akan digalas oleh kementerian.

“Saya akan bincang dengan menteri untuk pembahagian tugas yang baik buat kami berdua, (namun) saya tetap di situ untuk membantu bantu agenda kementerian dan kerajaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.