
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan barisan timbalan menterinya selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong petang tadi.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), manakala Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli (PKR) menjadi timbalan menteri belia dan suka;
Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari (Amanah) sebagai timbalan menteri pertahanan; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (DAP) dilantik timbalan menteri komunikasi digital serta Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup (BN-PBRS) sebagai timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi.
Anwar berkata, semua timbalan menteri itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 3 petang esok.
Beberapa timbalan menteri yang bukannya Ahli Parlimen perlu dilantik sebagai senator sebelum boleh mengangkat sumpah jawatan.