Azman dari PN menang Parlimen Padang Serai

Azman dari PN menang Parlimen Padang Serai

Kemenangan Azman menjadikan Perikatan Nasional memperoleh 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Azman Nasruddin (tengah) bersama Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor (kanan) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Roslan Hashim.
PETALING JAYA:
Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN) menang kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah selepas memperoleh majoriti 16,260 undi berbanding pencabar terdekat Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH).

Kemenangan Azman menjadikan PN memperoleh 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Azman mendapat 51,637 undi manakala Sofee memperoleh 35,377 undi. Calon Barisan Nasional C Sivaraj turut mendapat 2,983 undi walaupun beliau menarik diri bagi memberi laluan kepada PH.

Calon bebas Sreanandha Rao mendapat 846 undi, diikuti Hamzah Abd Rahman dari Pejuang (424) dan Bakhri Hashim dari Warisan (149).

Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan peratusan keluar mengundi adalah 68.95%, sejumlah 753 undi rosak dan 133 kertas undi tidak dipulangkan.

Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH M Karupaiya pada 16 Nov. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Karupaiya memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 dengan majoriti lebih 8,000 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.