Tuan Ibrahim dilantik ketua pembangkang di Pahang

Tuan Ibrahim dilantik ketua pembangkang di Pahang

Pengerusi PN negeri, Saifuddin Abdullah berkata, gabungan itu turut menamakan ADUN Lepar, Yazid Mohd Yunus sebagai ketua whip di DUN Pahang.

Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi DUN Cheka dengan majoriti 1,223 undi pada PRU15.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) melantik ADUN Cheka, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Pengerusi PN negeri, Saifuddin Abdullah berkata, beliau akan memaklumkan pemilihan timbalan presiden PAS itu kepada Yang Dipertua DUN Pahang.

“Kami mencadangkan jawatan ketua pembangkang di DUN ini diberikan fungsi dan status rasmi sebagaimana di sesetengah DUN lain dan mengikut contoh di Dewan Rakyat,” katanya menurut laporan Bernama.

Saifuddin berkata, PN turut bersetuju menamakan ADUN Lepar, Yazid Mohd Yunus sebagai ketua whip di DUN Pahang.

Pada PRU15, Tuan Ibrahim memenangi DUN Cheka dengan majoriti 1,223 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad (Pakatan Harapan) memperoleh 2,255 undi dan calon pejuang, Aishaton Abu Bakar hilang deposit kerana hanya meraih 81 undi.

Selain DUN Cheka, Tuan Ibrahim juga menang di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.