Pesta sudah tamat, masa untuk bekerja, kata Tiong selepas video menari tular

Pesta sudah tamat, masa untuk bekerja, kata Tiong selepas video menari tular

Menteri Pelancongan, Tiong King Sing mengakui berdepan "tugas berat dan mencabar" di Kementerian Pelancongan.

Menteri Pelancongan, Tiong King Sing mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai Kementerian Pelancongan di Putrajaya, hari ini. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Menteri Pelancongan, Tiong King Sing berkata beliau kini fokus sepenuhnya pada tugasnya selepas satu video beliau menari tular pada minggu lepas.

Dalam satu hantaran di Twitter, Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan pegawai Kementerian Pelancongan di Putrajaya hari ini dan menyatakan ada “tugas berat dan mencabar” menantinya.

“Masa untuk fokus dan bekerja dengan serius.

“Ini bukan masanya untuk menarik seperti video tular sebelum ini,” katanya yang turut meletakkan emoji tersenyum.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) merujuk video beliau menari ketika pesta Gawai di sebuah rumah panjang.

Video itu dirakam pada Jun lalu tetapi mula tersebar di media sosial sejak Jumaat lalu selepas Tiong diumumkan sebagai ahli Jemaah Menteri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu disiarkan di laman Facebook Tiong dan sudah mendapat 970,000 tontonan sehingga 10 malam tadi, dengan ramai warganet berpendapat beliau sesuai menjadi menteri pelancongan kerana wataknya yang ceria.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.