Zahid mula tugas sebagai TPM

Zahid mula tugas sebagai TPM

Selain menjadi timbalan perdana menteri, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali ketika memulakan tugas rasminya di Perdana Putra, Putrajaya pagi ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Zahid, yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang.

Jumaat lepas, Zahid, 69, diumumkan sebagai timbalan perdana menteri yang turut memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah dalam Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim.

Beliau turut dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Jemaah Menteri yang pertama dipengerusikan oleh perdana menteri hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.