
Seramai tujuh ADUN pembangkang ketika ini termasuk dua daripada Perikatan Nasional (PN) dalam DUN Melaka. Melaka mempunyai 28 ADUN keseluruhan.
Sulaiman berkata, peranan ADUN PH akan kekal sebagai pembangkang dalam sidang DUN yang bermula 12 Dis ini.
“Status quo kerajaan negeri dan peranan PH selaku blok pembangkang DUN Melaka kekal dalam sidang pertengahan Dis ini, meskipun telah wujud kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Jelas Sulaiman lagi, Melaka terlebih dahulu meraikan pembangkang sebagai rakan strategik kerajaan negeri, walaupun BN dan PH belum mencipta persefahaman seperti berlaku pasca PRU lalu.
Bagaimanapun, kerajaan negeri, menurut Sulaiman akan memberikan bantuan serta peruntukan kepada semua ADUN pembangkang bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah setempat.
“Saya pernah sebut dahulu sebelum tertubuhnya kerajaan perpaduan bahawa saya menganggap pembangkang sebagai rakan strategik.
“Saya tetap beri bantuan dan peruntukan kepada mereka. Akhirnya benda (kerjasama) itu jadi kenyataan,” katanya.
Selepas PRN Nov tahun lalu, pada BN kembali merampas Melaka selepas menguasai 21 DUN, lebih majoriti dua pertiga.