
PETALING JAYA: Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali menerima kunjungan hormat Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Sulaiman berkata kunjungan hormat itu berlangsung pagi tadi.
“Turut menyertai pertemuan ini ialah Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh bersama ADUN Melaka,” katanya.
Pertemuan berlangsung hampir sejam dengan pelbagai perkara berkaitan kesejahteraan negeri dibincangkan.
Ia merupakan kunjungan pertama pimpinan PH Melaka selepas kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti lain.